Monday 16 April 2012

Nasi Serai


    Bahan-bahan:
  • 5kg Beras (ukuran 1 mangkuk beras dan 2 mangkuk air)
  • 15 batang Serai (dititik)
  • 8 biji Bawang Besar (dikisar)
  • 20 ulas Bawang Putih (dikisar)
  • 8 helai Daun Pandan


    Cara-cara penyediaan:
  • Panaskan minyak dan tumiskan serai dan daun pandan.
  • Masukkan bahan kisar sehingga naik bau.
  • Masukkan besar yang telah direndam dan dicuci terlebih dahulu.
  • Janak sehingga masak.
  • Hidangkan dan makan bersama-sama.

Sunday 15 April 2012

Inilah kenangan bersama pasukan kawad kaki 2011 sekolah rendah sebelum melangkah ke sekolah menengah.Nasib baik,kami dapat tempat pertama dalam pertandingan kawad kaki peringkat daerah dan kami terpilih utk mewakili Pasir Gudang ke peringkat negeri Johor.Terima kasih atas bimbingan cikgu-cikgu.Tetapi,kami telah kalah kepada pasukan kulai(gambar bawah)di peringkat negeri Johor.kami telah mendapat tempat ke-5.Kami bersyukur kerana dapat top-5 di negeri Johor.

Friday 30 March 2012

Pengakap Laut Malaysia

Pengakap Laut adalah salah satu daripada cabang Pergerakan Pengakap sejak era awal penubuhannya. Pengasas Pergerakan Pengakap iaitu Lord Baden-Powell lahir dalam sebuah keluarga yang kaya dengan tradisi kelautan. Datuk di sebelah ibunya iaitu Laksamana William Henry Smyth adalah panglima tentera laut semasa Perang Nepoleon dan merupakan seorang ahli hidrografi dan astronomi yang masyhur. Abang beliau, Warington Baden Powell pula adalah seorang pelaut komersil dan pengasas pelayaran keno. Warington kemudiannya telah diamanahkan oleh Lord Baden-Powell untuk mengasaskan Pengakap Laut.

Perkhemahan percubaan pertama di Pulau Brownsea pada 1907 menunjukkan bahawa elemen kelautan adalah amat dipentingkan dalam Pengakap. Lencana “Seaman” telah dijadikan sebagai salah satu daripada lima lencana terawal yang diperkenalkan oleh Pergerakan Pengakap. Lanjutan daripada itu, Warington Baden Powell telah menggariskan konsep Pengakap Laut di dalam sebuah Kursus Pemimpin Pengakap di London pada Januari 1911. Sejak detik tersebut,Pengakap Laut telah berkembang ke seluruh dunia terutamanya di negara-negara yang mempunyai perairan termasuklah di Malaya dan Borneo.

Sejarah Malaysia merekodkan bahawa Pengakap Laut telah bertapak sejak sekian lama di negara ini dan terbabit secara aktif dalam sambutan pengisytiharan kemerdekaan negarapada Ogos 1957. Dengan kedudukan geografi Malaysia yang dikelilingi perairan dan pelbagai kemudahan maritim yang terdapat di negara kita pada masa ini, pelbagai aktiviti dan latihan kelautan yang berfaedah dan menyeronokkan boleh dianjurkan dari semasa ke semasa.

Selaras dengan konsep kepengakapan yang menggalakkan golongan muda mempelajari
pelbagai perkara, Pengakap Laut Malaysia turut membuka ruang yang amat luas untuk
meneroka pelbagai bidang baru yang mencabar, menyeronokkan dan berkait rapat dengan
kehidupan sebagai seorang pelaut dan ahli Pengakap Laut. Ini akan dapat mengelakkan
golongan muda daripada terjebak dalam kancah gejala sosial yang kian meruncing di negara kita dan menyediakan ahli-ahli untuk melangkah ke alam dewasa sebagai seorang individu yang berkualiti dan berkemahiran

Tuesday 27 March 2012

Habbatus Sauda


Kadangkala ia digelar sebagai "bijirin hitam" atau "jintan hitam".
Daripada Abu Huraira r.a. Nabi s.a.w. bersabda, "Harbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali Al Saam." Aisyah r.ha. pun bertanya: " Apakah Al Saam itu?" Jawab Baginda s.a.w. "Mati." (Riwayat Al-Muslim)

Khasiat-khasiat yang terdapat pada Habbatus Sauda yang berikut adalah dipetik dari buku yang bertajuk "Rahsia Perubatan Habbatus Sauda'" yang dikarang oleh Dr. Hassan Syamsi Baasya dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Abdul Khairi AL-Latifi.

Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:

1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.

2. Asthma
Bahan "Nigellon" yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).

3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.

4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.

5. Alahan (Allergic)
Bahan "Nigellon" dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan "Histamine" dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).

6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.

7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.

8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.

9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.

10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan "Cisplatin",  yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat "Cisplatin" ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).

11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti "E Coli", "Strep.Fecalis" dan "Bacillus subtilis." Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.

12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.

13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.

14. Rheumatisme
Dalam bidang perubatan tradisional di timur tengah, ia digunakan sebagai bahan anti radang (Anti Inflammatory) dan anti-rheumatism (antirheumatic) dan digunakan dalam rawatan kepada migren.
Mereka yang alim di dalam bidang perubatan berkata: " Antara manafaat-manafaat Habbatus Sauda ialah:
i.   Ia bertindak menghilangkan bengkak.
ii.  Ia amat berfaedah dalam membuang lendir dan gelema dan mengeluarkan angin.
iii. Jika ia ditumbuk halus dan diuli dengan madu lebah serta diminum dengan air panas ia akan mencairkan batu-batu karang, melancarkan air kencing dan haid.
iv. Jika ia ditumbuk halus dan diikat didalam kain kapas atau kulit lalu dicium, maka ia memberi menafaat dalam penyembuhan selsema.
v. Jika diminum seberat 1 mithqal (4.235 gram) Habbatus Sauda dengan air, ia memberi manafaat dalam merawat kesesakan nafas,
vi. Jika ia dibungkus dengan kain maka ia memberi manafaat dalam merawat sakit kepala yang sejuk,
vii. Jika Habbatus Sauda dimasak dengan cuka dan berkumur-kumur dengannya maka ia memberi manafaat menyembuhkan sakit gigi.

Kawad Kaki SKTPP 2012

Ntah camne la pasukan kawad kaki sekolah kebangsaan taman pasir putih bole ke tak kekalkan kejuraan pada musim lalu.Harap pasukan kita berjaya dlm pertandingan itu.Insya-allah.Kita doakan agar sekolah kebangsaan taman pasir putih mendapat juara dlm pertandingan kawad kaki peringkat daerah dan sekaligus mengekalkan kejuaraan 5 kali berturut-turut.

Monday 19 March 2012

Pertama Kali


Inilah saya punye blog yg baru saje buat.Nama saya Ahmad Fathie B. Khairil Anuar.Saya duduk di Johor Bahru.Hobi saye ialah bermain bola pade waktu petang.Cuma,kalau ada perlawanan je baru main pagi.Cita2 saya ingin menjadi arkitek yg terkenal.